Selasa, 8 Mac 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Tarikh : 25 Februari 2011
Hari : Jumaat


Pada 25hb Feb lalu, SMKSU telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Program ini bertujuan untuk meraikan Nabi Muhammad s.a.w. Program tersebut dimulakan pada jam 7.30 pagi di Dataran Gemilang, SMKSU dengan perarakan guru dan pelajar mengikut kelas masing-masing.

Pertandingan perarakan turut diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan ini. Antara aspek yang diambil kira ialah selawat, sepanduk dan pakaian. Setelah selesai berselawat dan berarak, pelajar dan guru bergerak ke kantin untuk mendengar ceramah Maulidur Rasul. Pertandingan kuiz pelajar turut diadakan memeriahkan lagi majlis tersebut. pelajar berlumba-lumba untuk memberi jawapan bagi setiap soalan yang dikemukan tetapi hanya 5 orang pelajar sahaja yang terpilih untuk menerima hadiah.

Acara kemuncak pada hari tersebut ialah mengetahui keputusan pertandingan perarakan antara kelas. Bagi kelas yang menang TAHNIAH diucapkan, bagi yang tewas pula harus berusaha pada tahun akan datang...;)...adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. Berikut merupakan keputusan pertandingan:

Tempat Pertama : 5 PD
Tempat Kedua : 4 EA
Tempat Ketiga : 5 SN
Tempat Keempat : 2 D
Tempat Kelima : 5 E



Suasana sekitar program Maulidur Rasul:








Tiada ulasan:

Catat Ulasan