Rabu, 30 Mac 2011

SMKSU Pengelola Hoki


Tarikh: 31 Mac 2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Stadium Hoki Bukit Serindit


Selamat bertanding kepada semua pasukan yang mengambil bahagian...;)

Khamis, 24 Mac 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan 3

Tarikh : 26 Mac 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer 2 ( Tingkat Atas)
Tajuk : Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan (P&P Berkesan)

Ahad, 13 Mac 2011

Latihan Kebakaran (samb)


Pegawai Bomba memberi taklimat


Walaupun dalam panas, pelajar masih memberi perhatian terhadap
taklimat yang disampaikan






syashid@yahoo.com

Latihan Kebakaran

Tarikh : 8 Mac 2011
Hari : Selasa
Masa : 10.00 pagi (Lingkungan Masa)



Pada hari Selasa lalu, SMKSU telah mengadakan latihan kebakaran buat kali pertama. Latihan tersebut dikatakan berjaya kerana semua warga SMKSU berjaya selamatkan diri dalam masa kurang dari 5 minit. Semua warga SMKSU terlibat dari pihak pentadbir hingga ke pekerja swasta.






Pelajar beratur mengikut kelas


Guru tingkatan melaporkan kehadiran anak didik kepada Pn Azimah (GPK 1)



Pelajar mendengar arahan yang diberikan oleh guru bertugas



Pelajar mendengar taklimat daripada Pegawai Bomba Masjid Tanah


Ceramah yang disampaikan Pegawai Bomba amat menarik sekali


P/s nanti saya masukkan gambar yang lain. Insyallah...;)

Sabtu, 12 Mac 2011

Sesi 2

Penceramah: Tn Hj Ariffin Bin Abdul Rahman

Tajuk : Protokol dan Etiket


Ceramah yang disampaikan Tn Hj Ariffin amat berguna untuk kita aplikasikan bila makan kat hotel atau majlis yang mempunyai protokol. Mana tidak nya, nak ambik sudu garfu pun ada caranya. Banyak sangat protokol yang perlu diikuti dari susunan kerusi meja sampai lah kita selesai makan atau majlis tamat. Rasa macam tidak kenyang pula bila banyak sangat protokol tapi ia amat berguna kepada kita apabila hadir di sesuatu majlis. Di bawah ini, saya sertakan beberapa gambar sepanjang Sesi 2 berlangsung.



Tn Hj Ariffin


susunan meja ikut protokol



susunan meja lagi...banyak sangat..;)



begitu tekun mendengar ceramah protokol


Pn Saminah dan Tn Hj Ariffin

Khamis, 10 Mac 2011

Sesi 1


Penceramah; En Shuhani



wah..khusyuknya...

tahap pengiktirafan NILAM....





Rabu, 9 Mac 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan 1 ( Sesi 1)

Penceramah: En. Shuhani ( BTPN Melaka )
Tajuk : Program NILAM


Ceramah yang telah disampaikan amat berguna kepada semua warga pendidik SMKSU. Bagi yang tidak mengetahui akronim NILAM, ia membawa maksud NAdi Ilmu Amalan Membaca (NILAM. Lihat dari tajuk kita sudah membayangkan betapa pentingnya membaca dalam kehidupan seharian manusia semua. Dengan bahan bacaan ilmu kita semakin bertambah. Contoh bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, petikan dan buku boleh digunakan kita untuk menambahkan pengetahuan. Tidak semestinya bila membaca buku ilmiah sahaja kita akan mendapat pengetahuan. Jadi, tanam azam untuk membaca sekurang-kurangnya 1 bahan bacaan dalam kehidupan kita. Selamat Membaca!!!....oh ya, di bawah ni ada beberapa gambar sebagai tatapan semua...;)




Makan dulu sebelum memulakan sebarang aktiviti...;)...terima kasih semua


Pengacara Majlis: Cik Farah Wahidah



Bacaan doa daripada Ustaz Hasril Amir supaya majlis dipermudahkan..Ameen



Ucapan aluan dari Ketua PKG Masjid Tanah



Ketua PKG Masjid Tanah - Puan Pengetua - Pengarah BTPN

Selasa, 8 Mac 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Tarikh : 25 Februari 2011
Hari : Jumaat


Pada 25hb Feb lalu, SMKSU telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Program ini bertujuan untuk meraikan Nabi Muhammad s.a.w. Program tersebut dimulakan pada jam 7.30 pagi di Dataran Gemilang, SMKSU dengan perarakan guru dan pelajar mengikut kelas masing-masing.

Pertandingan perarakan turut diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan ini. Antara aspek yang diambil kira ialah selawat, sepanduk dan pakaian. Setelah selesai berselawat dan berarak, pelajar dan guru bergerak ke kantin untuk mendengar ceramah Maulidur Rasul. Pertandingan kuiz pelajar turut diadakan memeriahkan lagi majlis tersebut. pelajar berlumba-lumba untuk memberi jawapan bagi setiap soalan yang dikemukan tetapi hanya 5 orang pelajar sahaja yang terpilih untuk menerima hadiah.

Acara kemuncak pada hari tersebut ialah mengetahui keputusan pertandingan perarakan antara kelas. Bagi kelas yang menang TAHNIAH diucapkan, bagi yang tewas pula harus berusaha pada tahun akan datang...;)...adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. Berikut merupakan keputusan pertandingan:

Tempat Pertama : 5 PD
Tempat Kedua : 4 EA
Tempat Ketiga : 5 SN
Tempat Keempat : 2 D
Tempat Kelima : 5 E



Suasana sekitar program Maulidur Rasul:








Khamis, 3 Mac 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan - SMK Sungai Udang

Tarikh : 5 Mac 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMKSU
Slot 1 - Projek Nilam oleh : En. Shuhani ( BTPN Melaka )
Slot 2 - Protokol Majlis oleh Tn.Hj. Ariffin bin Abd Rahman (GPK KoKu SMKSU)